Tuesday, November 1, 2011

TAHRIF : SYIAH MENYELEWENGKAN AL QURAN ATAU SYIAH PERCAYA AL QURAN TELAH DIPINDA?

Syiah menyelewengkan al-Qur'an. 
Ulama Syiah dari dulu hingga sekarang menolak pendapat tentang berlaku penyelewengan dalam bentuk seperti berlaku perubahan/tahrif, lebih atau kurangnya ayat-ayat Qur an sama ada dari kitab-kitab Syiah atau Ahlul Sunnah. 
 
Mereka berpendapat jika hujah berlakunya perubahan ayat-ayat Quran diterima maka Hadith sohih Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, "Aku tinggalkan kamu dua perkara supaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Qur an dan Sunnah/Ahl Bayt," tidak boleh dipakai lagi kerana al-Qur an yang diwasiatkan oleh Nabi SAW untukkumat Islam sudah berubah dari yang asal sedangkan Syiah sangat memberatkan dua wasiat penting itu dalam ajaran mereka.Lagi pun Hadith-hadith yang diriwayatkan dalam kitab-kitab Syiah berkaitan dengan tahrif keatas al-Qur an yang berjumlah kira-kira 300 itu adalah Hadith-hadith dhaif. Begitu juga dalam kitab-kitab Sunnah seperti Sahih Bukhari turut menyebut tentang beberapa Hadith tentang perubahan ayat-ayat Quran misalnya tentang ayat rejam yang dinyatakan oleh Umar al-Khattab, perbezaan ayat dalam Surah al-Lail dan sebagainya. Bukahkah Allah SWT telah berfirman dalam al-Qur'an (Surah 15:9), yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Zikr (al-Qur'an), dan sesungguhnya Kami memeliharanya." Sekiranya seseorang itu menerima pendapat bahawa al-Qur'an telah diselewengkan oleh sesuatu golongan maka di sisi lain orang ini sebenarnya telah menyangkal kebenaran ayat di atas. Oleh itu semua pendapat tentang kemungkinan berlakunya tahrif dalam ayat-ayat Qur an  sama ada dari Syiah atau Sunnah wajib ditolak sama sekali.
 
Imam Ja'far al-Sadiq AS meriwayatkan sebuah Hadith dari datuknya Rasulullah SAWA [bermaksud]: 
"Setiap Hadith yang kamu terima dan bersesuaian dengan Kitab Allah tidak diragukan datangnya daripada  aku dan Hadith-hadith yang kamu terima yang bertentangan dengan Kitab Allah, sesungguhnya bukan datang daripadaku."
[Al-Kulaini, al-Kafi, Jilid I, Hadith 205-5]

No comments:

Post a Comment