Tuesday, November 1, 2011

SYIAH SUKA BERPURA-PURA (TAQIYYAH)

Syiah mengamalkan Taqiyah.
Mereka mendakwa taqiyyah bermaksud berpura-pura dan sinonim dengan perbuatan golongan munafiq. Syeikh Muhammad Ridha al-Muzaffar menulis dalam bukunya Aqidah Syiah Imamiyyah:
 
"Taqiyah merupkan motto Ahlul Bayt AS bermotifkan  untuk melindungi agama, diri mereka dan pengikut mereka dari bencana  dan pertumpahan darah, untuk memperbaiki keadaan kaum muslimin  serta penyelarasan mereka, dan memulihkan ketertiban mereka."

Mengikut Alamah Tabatabai' dalam bukunya Islam Syiah bahawa sumber amalan taqiyah ini merujuk juga kepada al-Qur'an seperti Surah 3:28, yang bermaksud:
 
"Jangan sampai orang-orang beriman menjadikan orang-orang kafir  sebagai teman-teman mereka selain orang-orang beriman. Barang siapa yang melakukan hal itu maka tidak ada pertolongan dari Allah kecuali untuk menjaga diri terhadap mereka [orang-orang kafir] dengan sebaik-baiknya. Allah memperingatkan kalian [agar selalu ingat] kepadaNya. Dan kepada Allahlah kalian kembali."

Ungkapan menjaga diri terhadap orang-orang kafir dengan sebaik-baiknya diterjemahkan dari tattaquu minhum tuqatan dan kata tattaquu dan tuqatan mempunyai akar kata yang sama dengan taqiyah.
 
Ayat al-Qur'an yang berkaitan dengan peristiwa taqiyah Amar bin Yasir yang mencari perlindungan dengan mengaku kafir di hadapan musuh-musuh Islam iaitu dalam Surah 16:106:
Maksudnya:"....."kecuali orang yang terpaksa, padahal hatinya tetap  tenang dalam beriman..."

Jelaslah bahawa taqiyah bukan membawa maksud berpura-pura seperti mana yang sering didakwa oleh orang yang berpura-pura berilmu pengetahuan tetapi sarat dengan kejahilan dan niat yang buruk.
 

No comments:

Post a Comment