Mengapa Syi'ah tidak boleh menerima Madzhab Ahlul Sunnah Wal-Jama'ah?
As-Sayyid Syarafuddin al-Musawi al-'Amili seorang ulama Syi'ah dengan tegas menjelaskan:
"Bila dalam kenyataannya kami kaum Syi'ah tidak berpegang kepada Madzhab Asy'ari dalam hal usuluddin dan madzhab yang empat dalam cabang syari'at, maka ini sekali-kali bukan kerana kami taksub; bukan pula kerana meragukan usaha ijtihad para tokoh-tokoh madzhab tersebut.Dan juga bukan kerana kami menganggap mereka itu tidak memiliki kemampuan, kejujuran, kebersihan jiwa atau ketinggian ilmu dan amal, tetapi sebabnya ialah bahawa dalil-dalil syari'ah telah memaksa kami untuk berpegang hanya kepada madzhab Ahlul Bayt AS, ahli rumah Rasulullah SAWA, pusat Nubuwwah dan Risalah,
tempat persinggahan para malaikat, dan tempat turunnya wahyu al-Qur'an. Maka hanya dari merekalah kami mengambil cabang-cabang agama dan aqidahnya, usul fiqh dan kaedahnya.Pengetahuan tentang al-Qur'an dan al-Sunnah. Ilmu-ilmu akhlak, etika dan moral. Hal itu semata-mata kerana tunduk pada hasil kesimpulan dalil-dalil
dan bukti-bukti.
Dan sepenuhnya mengikuti petunjuk dan jejak penghulu para Nabi, Rasulullah SAWA." [As-Syarafuddin al-Musawi,al-Muruja'at (Dialog Sunnah-Syi'ah, Penerbit Mizan,hlm.17-18]
Imam Ja'far al-Sadiq AS berkata:
"Hadith-hadith yang aku riwayatkan adalah dari ayahku.
"Hadith-hadith yang aku riwayatkan adalah dari ayahku.
Dan semua hadith tersebut adalah riwayat dari datukku.
Dan semua riwayat datukku adalah dari hadith datukku al-Husayn AS. Dan semua riwayat al-Husayn AS adalah dari hadith al-Hasan AS. Dan semua hadith al-Hasan AS
dari datukku Amirul Mu'minin Ali AS; dan semua hadith Amirul Mu'minin Ali AS adalah dari hadith Rasulullah SAWA. Dan hadith-hadith Rasulullah SAWA adalah Qaul Allah Azza Wa-Jalla." [Al-Kulaini,al-Kafi, Juzuk I, hadith 154-14]
dari datukku Amirul Mu'minin Ali AS; dan semua hadith Amirul Mu'minin Ali AS adalah dari hadith Rasulullah SAWA. Dan hadith-hadith Rasulullah SAWA adalah Qaul Allah Azza Wa-Jalla." [Al-Kulaini,al-Kafi, Juzuk I, hadith 154-14]
Bagi Syi'ah, tidak ada dalil bagi seseorang itu untuk menerima selain dari Mazhab Ahlul Bayt AS kerana perkara itu telah diputuskan oleh Allah SWT.
No comments:
Post a Comment