Soal mengapa pengikut Syi'ah bersujud di atas tanah Karbala tidak bercanggah dengan mana-mana hukum fiqh dari semua madzhab.
Solat adalah perbuatan ibadah yang cara-caranya terikat kepada amalan Rasulullah SAWA.Kaedah ini diterima oleh semua madzhab dan tidak ada sesiapa berani mempertikaikannya ataupun dia akan terkeluar dari senarai "Muslim".
Hadith Nabi SAWA yang mulia menjelaskan tentang cara-cara bersujud seperti yang tercatat dalam Sahih Muslim, misalnya hadith nombor 469, [terjemahan]....
Dan di mana saja kamu berada, jika waktu solat telah tiba,
maka solatlah, kerana bumi ialah tempat bersujud (masjid)
atau hadith nombor 473, [terjemahan] "....Bumi dijadikan suci bagiku
[nota:misalnya debu tanah boleh digunakan untuk bertayammum]
dan menjadi tempat sujud [wa ju'ilat ila-l-ardh tuhura wa-masjidan].
[nota:misalnya debu tanah boleh digunakan untuk bertayammum]
dan menjadi tempat sujud [wa ju'ilat ila-l-ardh tuhura wa-masjidan].
Dan memang orang-orang Syi'ah mengikut contoh Imam-imam mereka seperti Imam Ali Zainal Abidin AS dan seterusnya, yang meletakkan tanah Karbala sebagai tempat untuk bersujud.
Yang patut diingatkan bahawa Syi'ah tidak sujud kepada tanah Karbala. [nota: perbuatan ini tentunya syirik] tetapi di atas tanah Karbala untuk merendahkan diri di hadapan Allah SWT.Imam Ja'far al-Sadiq AS ketika ditanya perkara tersebut berkata [bermaksud]:
"....kerana sujud adalah untuk merendahkan diri di hadapan Allah, oleh itu adalah tidak wajar seseorang itu bersujud
di atas benda-benda yang dicintai oleh manusia di dunia ini."
[Wasa'il al-Syi'ah, Juzuk III, hlm.591]
"....kerana sujud adalah untuk merendahkan diri di hadapan Allah, oleh itu adalah tidak wajar seseorang itu bersujud
di atas benda-benda yang dicintai oleh manusia di dunia ini."
[Wasa'il al-Syi'ah, Juzuk III, hlm.591]
Dalam hadith yang lain Imam Ja'far al-Sadiq AS menjelaskan bahawa:
"Sujud di atas tanah lebih utama kerana lebih sempurna
dalam merendahkan diri dan penghambaan di hadapan Allah Azza Wa-Jalla." [Al-Bihar, Juzuk, 85, hlm.154]
No comments:
Post a Comment