Syiah memaksumkan imam-imam mereka.
Mereka berhujah dengan ayat Quran 33:33 yang bermaksud:
" Sesungguhnya Allah hendak mengeluarkan dari kalian
kekotoran [rijsa] wahai Ahlul Baytdan menyucikan kalian
sebersih-bersihnya."
Istilah Ahlul Bayt menurut Hadith Rasulullah SAWA merujuk kepada lima orang iaitu Rasulullah SAW, Fatimah, Ali, Hassan dan Husayn seperti yang diriwayatkan dalam Sohih Muslim. Perkataan rijsa[kekotoran] sudah tentu bukan kotor dari segi ain seperti najis dan sebagainya tetapi merujuk kepada dosa-dosa dan apabila Allah 'hendak secara berterusan' [yuridu] menyucikan mereka sebersih-bersihnya tidak boleh diragukan lagi ia merujuk kepada penyucian total dari sebarang dosa yang dalam istilah lain bermaksud mereka adalah maksum.
Tambahan pula banyak ayat-ayat Qur an yang menjelaskan perintah Allah SWT supaya manusia berbuat maaruf dan meninggalkan perbuatan dosa. Apabila Allah SWT memerintah manusia berbuat maaruf dan meninggalkan dosa sudah tentu Allah SWT tahu bahawa manusia itu memang mampu meninggalkan dosa kerana Allah SWT tidak akan membebankan manusia dengan suatu perintah yang manusia tidak mampu buat.
Oleh itu sekiranya Syiah mengatakan imam mereka maksum iaitu tidak berbuat dosa serta Allah SWT memelihara mereka daripada perbuatan dosa berdasarkan Surah 33:33 itu, adakah ia bercanggah dengan al-Qur an? Adakah mereka yang tidak maksum layak menduduki maqam Imam ummah?
No comments:
Post a Comment