Syiah Menyembunyikan Kitab-kitab Mereka?
"Sebagai satu ajaran yang telah lama bertapak, Syi`ah mempunyai rujukan-rujukan sendiri yang muktabar. Bagaimanapun sudah menjadi polisi kepada mereka untuk tidak membiarkan kitab-kitab mereka jatuh kepada orang lain oleh kerana itu, mereka menyembunyikannya. Malahan rujukan mereka itu hanya dibaca oleh Ayatullah-Ayatullah sahaja. Adapun Syi`ah yang tidak menjangkaui martabat tersebut tidak layak untuk membacanya sehingga mereka mendakwa orang-orang yang bertaqwa sahaja yang berhak. Alangkah malang sungguh mereka yang menerima ajaran Syi`ah tetapi tidak dapat menatapi sabdaan-sabdaan para Imam.
Kitab-kitab berautoriti seperti al-Kafi karangan al-Kulaini, al-Istibsar, Tahzib al-Ahkam dan Man layahduruhu hanya bacaan para Ayatullah sahaja"[lihat: Apa Beza Syiah dan Yahudi?.
Dakwaan ini tidak benar sama sekali, kerana pada hari ini kitab-kitab syiah telah banyak disiarkan dalam internet termasuklah kitab-kitab hadith dan tafsir al-Qur'an seperti al-Kafi, Biharul Anwar, al-Istibsar, tahdzib al-ahkam, Man layahduruhu ila faqih, al-Mizan fi tafsir dan sebagainya. Sesiapa pun boleh membacanya. Silalah ke laman al-shia.com alhikmeh.com, Rafed.net dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment